Ciri-ciri webcam dan prestasinya berbeza menurut perisian komputer, system pengendaliannya, dan juga keupayaan unit pemproses pusat komputer.Sebagai contoh , 'video berkualiti tinggi' secara prinsipnya boleh digunakan kepada pengguna webcam Logitech tertentu sekiranya komputer mereka memiliki pemproses dwi-teras memenuhi spesifikasi tertentu.Ini boleh digunakan dalam perisian perutusan seperti perkhidmatan perutusan Windows Live Messenger, Skype dan Yahoo! Kegunaan popular lain, yang termasuk rakaman fail video malah gambar, boleh dicapai melalui banyak perisian, applikasi dan peranti komputer.
Sekitar awal abad ke-21, pengilang hardware komputer mulai membina webcam secara langsung kepada komputer riba dan komputer meja, dengan itu menyingkirkan keperluan bagi menggunakan kamera luaran USB atau Firewire.
Lebih terkini, laman ‘’Justin.tv’’ memberikan aliran video dan audio dari kamera mudahalih yang dipasang pada kepala peserta.
76 Comments